
[ JENAYAH MINGGU INI ]
Polis menahan 81 individu dan merampas pelbagai barangan judi dalam talian bernilai hampir RM1 juta dalam operasi di sekitar ibu negara sejak Ogos hingga awal pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, semua suspek berusia 14 hingga 30 tahun itu ditahan kerana disyaki mengendalikan pusat panggilan kegiatan perjudian dalam talian.
Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 58 lelaki dan 10 wanita warga China serta 11 lelaki dan dua wanita tempatan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati pusat panggilan perjudian dalam talian ini dikesan beroperasi di kondominium dan bangunan pejabat.
Jelasnya, suspel ini menyewa kondominium dengan harga RM13,000 sebulan dan mereka menyasarkan kaki judi dari China sebagai pelanggan mereka
Polis percaya keuntungan bersih diperoleh daripada kegiatan judi adalah lebih RM5 juta
Mazlan berkata, operasi terbabit juga berjaya merampas pelbagai jenis barangan yang digunakan untuk aktiviti perjudian bernilai RM930,000.
Polis berjaya merampas pelbagai barangan seperti telefon pintar pelbagai jenama (332), set komputer (89) dan modem (17), kad sim (13) dan kad debit (5).
Semua serbuan telah dijalankan di Jalan Kerinchi, Jalan Kuchai Lama, Jalan Salak South, Jalan Ampang, Taman Shamelin Perkasa, Jalan Peel dan Bangsar South
Menurutnya, polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa China bagi membanteras kegiatan perjudian dalam talian.
Tambahnya lagi, Lebih banyak operasi akan dilaksanakan selaras arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang komited untuk membanteras kegiatan judi dalam talian
#MKLCRIMEDESK
#JUDIONLINE
#PDRM
__
Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl
We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!
We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!
Source