Pusat Judi Baru 4 Hari Beroperasi , Dah Dapat Dihidu Polis



[ JENAYAH MINGGU INI ]

Berpura-pura kehilangan telefon bimbit bagi menyembunyikan kegiatan perjudian online yang disediakan premis terbabit.

Helah seorang wanita warga Indonesia berusia 25 tahun itu yang dipercayai merupakan penjaga premis itu bagaimanapun tidak membuahkan hasil selepas telefon bimbitnya ditemui di celah sofa yang didudukinya.

Itu antara kejadian yang berlaku dalam Ops Dadu kira-kira jam 12 tengah malam tadi di Taman Kinrara, di sini.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 25 tahun itu awalnya berpura-pura seperti tercari-cari telefon bimbitnya selepas diarah pasukan serbuan. Namun, setelah pemeriksaan beberapa minit, telefon bimbit yang dipercayai menguruskan maklumat tentang tertaruhan perjudian online itu telah ditemui dicelah kerusi.

Pegawai Turus Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, dua buah premis di kawasan berkenaan telah diserbu hasil maklumat dan risikan.

“Hasilnya, seramai 12 individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 26 hingga 50 tahun telah ditahan.

“Rampasan membabitkan lima komputer riba, 13 tablet, tiga telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM1,290,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Beliau berkata, siasatan mendapati, salah sebuah premis dipercayai baru beroperasi empat hari dengan nilai pertaruhan sebanyak RM89,700 sepanjang tempoh itu.

“Ini bermakna premis ini menawarkan pertaruhan sebanyak RM33,000 dalam tempoh sehari,” katanya.

Jelasnya, pihaknya percaya premis ini hanya menawarkan perjudian ini kepada pelanggan tetap mereka yang dihubungi melalui aplikasi Wechat.

“Siasatan terus dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

#MKLCRIMEDESK #JudiOnline
__

Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!

We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Source

Uncategorized

SLOT HOKI – Situs Hoki Slot 4D Terbaru & Terpercaya 2023

Home » Slothoki » Situs Hoki Slot 4D Terbaru & Terpercaya 2023 Hoki Slot merupakan situs judi slot 4D dan togel online terpercaya yang melayani deposit pulsa tanpa potongan dan sebagai situs judi Slot Hoki yang paling terpercaya. Situs permainan slot hoki deposit pulsa yang memiliki nama lain Hoki Slot 4D adalah permainan yang sangat…

Read More
Uncategorized

Find Judicial Records For Anyone

Link To Us! If you would like to use this page as a resource for your county, city, state, library, or other page, please link to us! Simply copy and paste the following into your source code: JUDICIAL RECORDS Source

Read More
Uncategorized

Register an OLG Account

1 INTRODUCTION This OLG.ca Player Agreement – Terms and Conditions of Use for OLG.ca contains the terms and conditions that govern the use of OLG’s OLG.ca online gaming platform.  By checking the “accept“ box, an Intending Player, Prospective Player, or a Player is confirming that they understand and agree to be bound by the terms and conditions of this Agreement.  If a Prospective Player, Intending Player, or a Player does not agree with any of the terms and conditions…

Read More