
[ JENAYAH MINGGU INI ]
Seramai tujuh individu ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis rumah kedai dua tingkat yang menempatkan pusat perjudian online di Jalan Prima SG 3/2, Prima Gombak malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, daripada tangkapan berkenaan, empat daripadanya adalah penjaga premis iaitu dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta seorang wanita warga Vietnam.
Polis turut memberkas tiga pemain lelaki warga tempatan yang sedang asyik berjudi menggunakan komputer riba yang disediakan.
Pemeriksaan lanjut mendapati mereka melakukan pertaruhan online dengan melalui penjaga di kaunter.
Malah pemilihan pelanggan ke dalam premis ini adalah berdasarkan jemputan khas oleh ahli tetap sahaja.
Biarpun hanya beroperasi selama tiga hari sahaja tetapi keuntungan premis itu sudah mencecah sehingga RM1200.
Sejumlah 11 unit komputer riba, sembilan unit telefon bimbit, tiga unit modem dan wang tunai bernilai RM650 dirampas.
Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Kes disiasat mengikuy Seksyen 4(b)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1993.
#MKLCRIMEDESK #JUDIONLINE
__
Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl
We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!
We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!
Source